+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

A Berita @ YP Advanced Skills

Apr 24, 2025 158times
Featured

PROGRAM CSR KURSUS BARBERING COURSE & TRAINING

PROGRAM CSR KURSUS BARBERING COURSE & TRAINING

21 & 23 April – Telah berlangsung satu program Corporate Social Responsibility (CSR) berupa gunting rambut percuma di dua lokasi, iaitu di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Kuantan.

Program ini telah dilaksanakan oleh pelatih Barbering Course & Training Batch 1/2025 yang dijadualkan tamat latihan pada hari Jumaat ini. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelatih agar lebih yakin dan berani ketika berhadapan dengan pelanggan sejurus mereka ditempatkan bekerja kelak.

Semoga program CSR ini dapat diteruskan sebagai aktiviti wajib bagi kumpulan pelatih yang akan datang sebelum tamat latihan.

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Go to top