
Super User
LAWATAN KUNJUNGAN DARIPADA TERAJU EKONOMI ASNAF SDN. BHD. (TERAS)
LAWATAN KUNJUNGAN DARIPADA TERAJU EKONOMI ASNAF SDN. BHD. (TERAS)
4 Jun - Alhamdulilah, harini pihak YP Advanced Skills berbesar hati menerima kunjungan daripada TERAS dan disambut baik oleh Pengurus Besar YP Advanced Skills, Puan Hajah Nur Liza binti Abd Mubin bersama Pengurus Jabatan Latihan Teknikal, Puan Nani Masnida binti Nordin.
Kesemua tetamu yang hadir telah diberi penerangan ringkas berkenaan struktur organisasi berserta produk yang dijalankan di YP Advanced Skills.
Sekali lagi, diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TERAS di atas kesudian melawat ke tempat kami.
"We Train Skills, We Hire Attitude"







TAKLIMAT BIJAK URUS KEWANGAN DAN RANCANG PERSARAAN OLEH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
TAKLIMAT BIJAK URUS KEWANGAN DAN RANCANG PERSARAAN OLEH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
28 Mei - Satu sesi taklimat oleh KWSP cawangan Kuantan telah diadakan pada hari ini bertempat di YP Advanced Skills, Kuantan, Pahang.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Wan Masrurah binti Manaf, Ketua Seksyen Relationship & Advisory KWSP Kuantan dan dihadiri oleh kakitangan YP Advanced Skills.
Program ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada warga kerja mengenai kepentingan menambah simpanan sedia ada serta penerangan berkenaan pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh KWSP. Antara perkara yang disentuh termasuklah pendaftaran ahli baharu, pengaktifan i-Akaun, pendaftaran penamaan, simpanan Shariah, jenis pengeluaran yang dibenarkan serta bimbingan pengurusan simpanan dan persaraan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak KWSP atas kesudian meluangkan masa berkongsi maklumat yang bermanfaat kepada semua yang hadir.
Diharapkan taklimat ini dapat memberi nilai tambah kepada para kakitangan dalam merancang simpanan dan persaraan secara lebih tersusun, bijak dan berkesan.
"We Train Skills, We Hire Attitude"








TAKLIMAT PROGRAM JAMINAN KERJAYA DI MTSA KARAK
TAKLIMAT PROGRAM JAMINAN KERJAYA DI MTSA KARAK
20 Mei - Satu taklimat berkenaan Program Jaminan Kerjaya telah diadakan di kolej MTSA Karak Pahang.
Taklimat ini disampaikan oleh En. Amirul dari Unit Jaminan Kerjaya kepada kesemua pelatih kolej MTSA berkenaan halatuju untuk menyambung program ini sejurus tamat latihan.
"We Train Skills, We Hire Attitude"





PROGRAM SEMINAR KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN PELAJAR YP ADVANCED SKILLS (YPAS) KUANTAN
PROGRAM SEMINAR KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN PELAJAR YP ADVANCED SKILLS (YPAS) KUANTAN
20 Mei – Satu Program Seminar Kesihatan Mental dalam kalangan pelajar YPAS telah berjaya dianjurkan dan berlangsung di Bilik 9, YP Advanced Skills, Kuantan, Pahang.
Seminar ini telah disampaikan oleh Coach Azizul Rahman bin Hj. Samian, seorang Master Practitioner Trainer dari Kuala Lumpur. Program ini melibatkan penyertaan pengajar serta seramai 145 orang pelajar dari kursus Pentadbiran Maklumat.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan kesihatan mental, memberi pendedahan mengenai pengurusan emosi yang positif, serta membekalkan kemahiran seperti teknik relaksasi, pengurusan masa dan sokongan sosial. Selain itu, ia juga menggalakkan budaya positif dan inklusif demi kesejahteraan mental dalam kalangan komuniti pelajar.
Diharapkan program ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua peserta, khususnya dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai kesihatan mental.
"We Train Skills, We Hire Attitude"








PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR TAHFIZ MAHIR YAYASAN PAHANG KURSUS KULINARI
PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR TAHFIZ MAHIR YAYASAN PAHANG KURSUS KULINARI
8 Mei- Telah berlangsung peperiksaan akhir Pelajar Tahfiz Mahir Yayasan Pahang Kursus Kulinari bertempat di YPAS Kubang buaya Kuantan, Pahang.
"We Train Skills, We Hire Attitude"








SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2025
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2025
YP Advanced Skills mengucapkan selamat hari pekerja buat semua kakitangan & pekerja di luar sana!
Semoga setiap titik peluh menjadi saksi bagi memacu pembangunan negara tercinta.
"Pekerja Kesuma Bangsa"
"We Train Skills, We Hire Attitude"


SESI SARINGAN DAN PENDAFTARAN KURSUS PERANTIS TEKNOLOGI KIMPALAN 6G
SESI SARINGAN DAN PENDAFTARAN KURSUS PERANTIS TEKNOLOGI KIMPALAN 6G
26 April - Sesi saringan dan pendaftaran bagi Kursus Perantis Teknologi Kimpalan 6G telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Vokasional Kuantan.
Seramai 18 peserta telah hadir untuk sesi ini, melebihi sasaran awal sebanyak 15 peserta.
Mereka akan menjalani latihan intensif selama 5 minggu di TWI Technology Shah Alam sebelum memulakan penempatan kerja di industri.
Tahniah diucapkan. Semoga perjalanan ini menjadi langkah awal ke arah kerjaya yang cemerlang dalam bidang kimpalan profesional!
"We Train Skills, We Hire Attitude"


.jpg)

.jpg)
.jpg)
PROGRAM CSR KURSUS BARBERING COURSE & TRAINING
PROGRAM CSR KURSUS BARBERING COURSE & TRAINING
21 & 23 April – Telah berlangsung satu program Corporate Social Responsibility (CSR) berupa gunting rambut percuma di dua lokasi, iaitu di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Kuantan.
Program ini telah dilaksanakan oleh pelatih Barbering Course & Training Batch 1/2025 yang dijadualkan tamat latihan pada hari Jumaat ini.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelatih agar lebih yakin dan berani ketika berhadapan dengan pelanggan sejurus mereka ditempatkan bekerja kelak.
Semoga program CSR ini dapat diteruskan sebagai aktiviti wajib bagi kumpulan pelatih yang akan datang sebelum tamat latihan.
"We Train Skills, We Hire Attitude"









PENDAFTARAN PELATIH HARVESTING SPECIALIST BATCH 3/2025 DI LADANG SAHABAT LAHAD DATU
PENDAFTARAN PELATIH HARVESTING SPECIALIST BATCH 3/2025 DI LADANG SAHABAT LAHAD DATU
22 April – Pendaftaran Pelatih Harvesting Specialist Batch 3/2025 tajaan IMPAC telah diadakan di Ladang Sahabat, Lahad Datu.
Seramai 24 orang pelatih telah hadir mendaftar dan kesemua mereka merupakan anak jati dari kawasan setempat.
Tahniah diucapkan! Semoga para pelatih terus berusaha menuntut ilmu sehingga tamat latihan dan seterusnya berjaya dalam penempatan kerja.
"We Train Skills, We Hire Attitude"




KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT POWER BI
KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT POWER BI
15, 16 & 17 APRIL 2025
Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Jangka Pendek Microsoft Power BI selama 3 hari yang penuh ilmu dan pengalaman bermakna. Seramai 35 peserta daripada Air Kelantan Sdn. Bhd. telah menyertai program ini, yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam analisis data dan visualisasi menggunakan Power BI — satu kemahiran penting dalam era digital hari ini.
Sesi berlangsung dengan penuh semangat, interaktif dan dinamik. Para peserta bukan sahaja belajar teori, tetapi juga terus praktik cara menghasilkan laporan dan dashboard yang menarik serta bermaklumat.
Semangat belajar memang luar biasa
Apa kata peserta?
"Kursus ini sangat membuka mata. Banyak yang saya tak tahu sebelum ini tentang Power BI. Sekarang saya lebih yakin untuk bentangkan data kepada pengurusan."
— Salah seorang peserta, Air Kelantan Sdn. Bhd.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta & pihak pengurusan AKSB atas komitmen yang tinggi. Semoga ilmu yang diperoleh dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Dari Data ke Dashboard – Kuasai Cerita di Sebalik Nombor!”
"We Train Skills, We Hire Attitude"








