Pengenalan |
---|
Seni Kulinari adalah satu kursus dalam bidang masakan, penyediaan makanan , pembuatan kek atau roti yang menonjolkan tatasajian dan kemahiran bagi mengetengahkan makanan dari tahap penyediaan sehingga penghidangan. Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan memasak pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa bermula dari hidangan sarapan pagi, hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut melalui resepi-resepi dan teknik serta kaedah memasak mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri. |
Kod Bidang | Nama Bidang | Tempoh Pengajian |
---|---|---|
HT-012-4:2011 | Perkhidmatan Penyediaan dan Pembuatan Makanan | 12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri |
HT-012-3:2012 | Penyediaan & Pembuatan Makanan | 12 Bulan |
HT-012-2:2012 | Penyediaan & Pembuatan Makanan | 6 Bulan |

Syarat Kemasukan |
---|
1. Berumur 16 hingga 35 tahun. |
2. Boleh membaca, menulis dan mengira. |
3. Tidak rabun warna. |
Peluang Kerjaya |
---|
Bekerja sebagai Chef di Hotel 4/5 bintang / Resort |
Membuka restoran sendiri |
Perniagaan Katering |
Perunding Operasi Dapur Hotel / Hypermarket / Resort |
Melibatkan diri dalam perniagaan makanan beku |
Pensyarah di Pusat Latihan |
Chef Selebriti |
Kitchen krew katering pengangkutan seperti kapal persiaran, kapal terbang, dan keretapi. |