WHISTLEBLOWING

SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH 37001 : 2016 .

POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tadbir urus korporat, YP Advanced Skills Sdn. Bhd. telah mewujudkan Polisi Whistle Blowing bagi memudahkan warga YPAS atau orang awam melaporkan perlanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salah guna kuasa seseorang yang dilantik dalam YPAS dengan lebih berkesan. (Rujuk Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010).

APA ITU WHISTLEBLOWING?

Menggalakkan kakitangan, orang awam, pembekal dan lain-lain pihak untuk melaporkan apa-apa pelanggaran tatatertib, penyalahgunaan kuasa atau perbuatan rasuah yang berlaku dalam organisasi.

Perlindungan diberikan kepada pelapor dan disimpan secara rahsia di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)

IDENTITI PENGADU DILINDUNGI

Mana-mana individu yang mahu melaporkan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat. Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan YP Advanced Skills Sdn Bhd dan sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat mengikut prosedur dan undang-undang yang berkaitan.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah maklumat yang diperlukan bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan:

1. Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel;
2. Nama, nombor telefon dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut di dalam aduan;
3. Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku; dan
4. Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.

Kriteria utama pelaporan hendaklah maklumat yang benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Hadir Sendiri Berjumpa

Puan Emma Mazlin binti Mohd Shariff
Penolong Pengurus Integriti

Surat Atas Nama

Puan Emma Mazlin binti Mohd Shariff
Penolong Pengurus Integriti YP Advanced Skills Sdn Bhd, Jalan Dato Bahaman, Kubang Buaya 25250 Kuantan Pahang Darul Makmur

Email

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

HOTLINE WHISTLEBLOWING

09- 567 1333

Secara Online di laman web YP Advanced Skills Sdn Bhd

http://www.ypas.edu.my/