Pengenalan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

SKM merupakan satu bentuk pengiktirafan yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ,Kementerian Sumber Manusia kepada individu yang berkelayakan yakni individu yang telah mencapai tahap/standard yang ditentukan oleh JPK. Pada kebanyakkannya Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) ini ditawarkan sebanyak lima (5) tahap persijilan iaitu :

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.

Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Program dan Kursus Yang Dijalankan di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills

PROGRAM PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

Sistem Komputer
Pengurusan Pejabat

PROGRAM INDUSTRI KREATIF DAN WARISAN

Pembuatan Pakaian Wanita

PROGRAM TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik