NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI YP ADVANCED SKILLS SDN. BHD. .

YP ADVANCED SKILLS SDN. BHD, (YPAS) menghormati dan komited untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Istilah “anda” dalam Notis Perlindungan Data Peribadi YPAS ini meliputi mana-mana individu yang data peribadinya telah diberi kepada pihak YPAS termasuk pelajar, bakal pelajar, graduan, ibubapa/penjaga, bakal pekerja, penderma, peserta kajiselidik, kontraktor/ pembekal luaran, dan pengarah/ pemegang saham bagi kontraktor/ pembekal luaran, penyewa dan penyedia perkhidmatan. Sila ambil perhatian, YPAS boleh meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada sebarang masa tanpa notis terlebih dahulu dan memaklumkan kepada anda tentang pindaan tersebut melalui laman web atau e-mel.

(1) Data Peribadi

1.1 Jenis data peribadi

Data peribadi anda yang diproses dan dikendalikan oleh YPAS mungkin termasuk (bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan dan diakses) tetapi tidak terhad kepada:
 • nama dan maklumat perhubungan lain yang berkaitan dengan individu;
 • nombor kad pengenalan dan e-mel;
 • nombor-nombor kecemasan;
 • tempat lahir
 • bangsa
 • agama
 • pengenalan fotografi;
 • kelayakan akademik, sejarah dan kemajuan;
 • maklumat yang berkaitan dengan kelayakan pembayaran atau sokongan pendidikan kerajaan (contohnya PTPK, JPK, YP);
 • maklumat yang berkaitan dengan penajaan bukan kerajaan, pinjaman pengajian dan anugerah industri;
 • maklumat sejarah pekerjaan
 • maklumat aduan atau salah laku;
 • maklumat sejarah perubatan kesihatan dan jenis darah;
 • maklumat dalam bentuk video atau audio (termasuk suara, rakaman video, CCTV dan rakaman keselamatan)
 • data peribadi lain yang diperlukan untuk memastikan keberkesanan pengurusan YPAS.

1.2 Sumber data peribadi

(a) Pelajar semasa/bakal pelajar/graduan kami. YPAS mengumpul secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada ibu bapa atau penjaga anda, semasa anda, ibu bapa atau penjaga anda menghantar borang permohonan, pertanyaan atau pendaftaran yang telah diisi melalui pelbagai cara, termasuk dalam talian, salinan hard copy atau melalui cookies yang mungkin dikumpul melalui penggunaan laman web YPAS.

(b) Ibu bapa/penjaga pelajar semasa/bakal pelajar/graduan kami. YPAS mengumpul data peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada anak/tanggungan anda, semasa anda menghantar borang permohonan, pertanyaan atau pendaftaran yang telah diisi melalui pelbagai cara termasuk, dalam talian, salinan hard copy atau melalui cookies yang mungkin dikumpul melalui penggunaan laman web YPAS.

(c) Pelanggan ATAU bakal pelanggan untuk perkhidmatan-perkhidmatan, persidangan-persidangan, seminar-seminar atau aktiviti-aktiviti lain yang kami anjurkan. YPAS mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda, semasa anda menyatakan minat untuk dihubungi bagi acara-acara sedemikian dan aktivitiaktiviti pemasaran. Maklumat anda juga boleh dikumpul melalui direktori-direktori perdagangan/dalam talian atau daripada cookies melalui penggunaan laman web YPAS.

(d) Penjual, pembekal, penyewa, kontraktor atau penyedia perkhidmatan kami. YPAS mengumpul data peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripadamajikan atau agensirujukan kredit apabila mengemukakan tender atau sebut harga dalam transaksi komersial. Maklumat anda juga boleh dikumpul melalui direktori-direktori perdagangan dalam talian atau daripada cookies melalui penggunaan laman web YPAS.

YPAS juga akan mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa, penjaga atau seseorang yang punyai tanggungjawab ibu bapa terhadap anda sekiranya anda berumur bawah lapan belas (18) tahun.

(2) Tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut data peribadi anda

Data peribadi anda dikumpul dan selanjutnya diproses oleh YPAS sebagaimana yang diperlukan dan dibenarkan oleh undang-undang, termasuk bagi tujuan-tujuan berikut:-

• Penyelenggaraan rekod pelajar (termasuk data peribadi, akademik atau latihan lanjut) dan pengurusan proses akademik atau latihan (contohnya penghantaran program, audit atau latihan, lembaga peperiksaan, transkrip dan pemberian diploma dan sijil)

• Pengurusan perkhidmatan pelajar termasuk penyediaan sumber pembelajaran dan kemudahan, penginapan pelajar, pengangkutan, imigresen, perkhidmatan penjagaan dan kebajikan.

• Operasi alumni termasuk penjanaan dana dan pemberitahuan aktiviti alumni dan penyediaan faedah alumni.

• Peruntukan nasihat dan sokongan kepada pelajar (melalui perkhidmatan imigresen, perkhidmatan pelajar, perkhidmatan penginapan pelajar, perkhidmatan kaunseling, kelab atau persatuan pelajar, perkhidmatan kerjaya, latihan atau penglibatan industriyang lain). Penyediaan aktiviti kurikulum tambahan (contohnya program kepimpinan pelajar, program duta pelajar, program pembangunan kerjaya dan lain-lain).

• Pengurusan fi dan pinjaman pelajar (termasuk pengurusan dan pentadbiran akaun pinjaman Pelajar) atau pemprosesan biasiswa, pembayaran, laporan kredit dan pemulihan hutang.

• Menjalankan kaji selidik dan analisis.

• Audit dalaman dan luaran atau pendedahan atau apa-apa fungsi lain yang dikehendaki untuk dipatuhi dalam undang-undang.

• Pentadbiran dan apa-apa transaksi komersial yang dibenarkan atau diarahkan oleh Kerajaan atau YPAS.

• Menerima dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan sebarang aduan.

• Memproses permohonan jawatan kosong di YPAS.

• Memproses permohonan kerjasama di antara pihak anda dan YPAS.

• Lain-lain yang berkaitan.

(3) Penzahiran data peribadi (di dalam dan di luar Malaysia)

Data peribadi anda dikumpul dan diproses oleh YPAS dan mungkin dikehendaki atau perlu didedahkan kepada pihak ketiga (di dalam atau luar Malaysia) seperti berikut:-

• Jabatan Pembangunan Kemahiran, jabatan-jabatan/agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun.

• Institusi pengajian lain.

• Badan profesional yang berkaitan.

• Penaja biasiswa dan hadiah.

• Badan pelajar (seperti persatuan pelajar dan alumni).

• Kedutaan-kedutaan luar negara.

• Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang.

• Syarikat/organisasi yang menyediakan program latihan sangkutan dan peluang kerjaya.

• Syarikat/organisasi yang bertindak sebagai penyedia perkhidmatan kami (seperti peguam, juruaudit, syarikat percetakan, kontraktor, rakan kerjasama strategik, perunding, syarikat insurans, setiausaha syarikat dan lain-lain).

• Syarikat/organisasi yang membantu kami memproses, mentadbir dan/atau menyampaikan servis yang anda minta.

YPAS akan memastikan bahawa :-

(i) Akses ke data peribadi anda adalah terhad kepada staf YPAS yang mana akses tersebut adalah diperlukan untuk memproses data peribadi anda mengikut keperluan tugas masing-masing.

(ii) Sekiranya data peribadi anda dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa untuk tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang secara bertulis, YPAS berkewajipan menzahirkan data peribadi anda setakat yang diperlukan untuk membenarkan tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang itu.

(4) Laman web

4.1 Pautan ke laman-laman web yang lain

YPAS menyediakan pautan-pautan ke laman-laman web yang lain bagi kemudahan anda. Walau bagaimanapun, laman-laman web ini mungkin mempunyai mempunyai kenyataan privasi masing-masing. YPAS mencadangkan agar anda menyemak semula mana-mana laman web dalam pautan yang anda lawati. YPAS tidak akan bertanggungjawab bagi kandungan atau sebarang penggunaan pautan laman-laman web tersebut.

4.2 Cookies

Cookies mungkin boleh digunakan di dalam pemprosesan data peribadi anda. Cookies ialah fail teks yang ditempatkan di dalam ingatan computer dan/atau peranti anda oleh komputer- komputer kami. Suatu salinan fail teks dihantar oleh komputer kami dan/atau peranti anda apabila anda berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berikut semasa anda melawat laman web kami dan/atau domain berkelayakan penuh yang asalnya dari anda semasa mengakses laman web kami, atau secara alternatif, alamat IP anda :

(i) Tarikh dan masa anda mengakses laman web kami;

(ii)URL bagi sebarang laman web yang asalnya dari anda untuk mengakses lamanweb kami; dan

(iii) Pelayar web yang anda guna dan laman-laman web yang telah anda akses.

Sesetengah laman web mungkin memerlukan anda untuk membekalkan data peribadi yang terhad untuk menikmati sesetengah perkhidmatan atas laman web kami (kelayakan log masuk sistem, alamat e-mel dsb). Data peribadi ini akan digunakan untuk tujuantujuan yang diperlukan sahaja seperti membalas mesej anda atau membekalkan perkhidmatan- perkhidmatan yang diminta.

(5) Hak untuk mengakses dan meminda data peribadi

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada pihak YPAS adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut adalah terkini.

Sekiranya anda ingin mengakses atau meminda data peribadi anda, anda boleh menghubungi alamat perhubungan yang terdapat di dalam seksyen 6 di bawah.

Permohonan anda tertakluk kepada had-had yang dinyatakan di bawah undang-undang, syaratsyarat yang berkenaan dan tempoh masa yang munasabah. Menurut Akta 709, pihak YPAS boleh menolak permohonan anda, dan jika kami enggan mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda tentang penolakan kami dan sebab penolakan kami.

(6) Pertanyaan dan aduan

Sekiranya anda:
(i) mempunyai pertanyaan lanjut; atau
(ii) ingin membuat aduan tentang data peribadi anda;anda boleh menghubungi :-

Untuk perkara berkenaan pelajar:-

Jabatan Latihan Teknikal
Jabatan Korporan & Pembangunan Perniagaan
Jabatan Kewangan
YP ADVANCED SKILLS SDN. BHD,
Tel No: 09-5671333
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Untuk perkara berkenaan kakitangan:-
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
YP ADVANCED SKILLS SDN. BHD,
Tel No: : 09-5671333
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Untuk perkara berkenaan kontraktor/pembekal:-
Unit Perolehan
YP ADVANCED SKILLS SDN. BHD,
Tel No: : 09-5671333
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

(7) Pentadbiran dan pengurusan data peribadi

YPAS akan sentiasa mengambil usaha yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda tepat, lengkap, terkini dan dilindungi sepenuhnya. Langkah-langkah pencegahan akan diambil untuk menghalang akses yang tidak sah, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, kebocoran dan kehilangan data peribadi anda.

YPAS akan memastikan data peribadi di dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami dimusnahkan sebaik sahaja tujuan data peribadi tersebut disimpan tidak lagi diperlukan/relevan atau tertakluk kepada keperluan undang-undang

(8) Konflik

Dalam keadaan berlakunya konflik antara Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Notis Perlindungan Data Peribadi dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma notis dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi terma-terma notis dalam Bahasa Malaysia.