Pengenalan |
---|
Kursus ini dibentuk khusus untuk membentuk peranan individu apabila bekerja di pejabat serta pengurusan yang berkesan. Pendekatan yang digunakan mengambil kira kesemua faktor utama sebuah pegurusan pejabat berkesan. Sepanjang mengikuti kursus ini, pelajar akan diberi penekanan berkaitan sistem pengurusan pemfailan,pengurusan dokumen elektronik, perlaksaan fungsi pentadbiran, pengurusan komunikasi perniagaan dan melaksanakan fungsi penyeliaan. Program ini juga turut menerangkan tentang asas pengurusan pejabat dan penyeliaan untuk diamalkan dalam tugas-tugas harian. Ia dapat memupuk sikap positif terhadap persekitaran kerja dan berperanan sebagai penyelia dan pentadbir. |
Kod Bidang | Nama Bidang | Tempoh Pengajian |
---|---|---|
FB-081-4:2012 | Pentadbiran Sistem Maklumat | 12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri |
FB-024-3:2012 | Penyeliaan Pengurusan Pejabat | 12 Bulan |
FB-024-2:2012 | Pengurusan Pejabat | 6 Bulan |

Syarat Kemasukan |
---|
1. Berumur 16 hingga 35 tahun. |
2. Boleh membaca, menulis dan mengira. |
3. Tidak rabun warna. |
Peluang Kerjaya |
---|
Eksekutif Pentadbiran |
Eksekutif Pemasaran |
Eksekutif Sumber Manusia |
Pengurus |
Pensyarah |
Tenaga Pengajar di institusi kemahiran & vokasional sekiranya melanjutkan pengajian. |