PROGRAM TAHFIZ MAHIR YAYASAN PAHANG

PENGENALAN

Program Tahfiz Mahir ialah inisiatif Yayasan Pahang bagi menyediakan peluang kepada lepasan tahfiz dan SMA untuk mengikuti latihan kemahiran serta bimbingan kerjaya bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan ialah:

- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18–35 tahun.
- Anak kelahiran Pahang atau bermastautin di Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Lepasan Tahfiz atau Sekolah Menengah Agama (SMA).
- Bersedia untuk bekerja di luar negeri Pahang selepas tamat program.

LOKASI PROGRAM DIJALANKAN

Program akan dijalankan di YP Advanced Skills Kubang Buaya, Kuantan Pahang.

YURAN

Tiada yuran dikenakan sepanjang mengikuti program ini. Program ini ditaja penuh oleh Yayasan Pahang.

MANFAAT

Peserta yang mengikuti program ini akan mendapat:

- Latihan kemahiran profesional.

- Penginapan dan pengangkutan percuma.

- Persediaan kerjaya dan peluang penempatan pekerjaan.

- Pemberian elaun sepanjang latihan.

PROSES PEMILIHAN

Peserta yang memohon untuk mengikuti program ini akan melalui proses pemilihan yang akan dijalankan oleh pihak YP Advanced Skills. Proses pemilihan ini melibatkan aktiviti seperti berikut:

- Saringan awal berdasarkan syarat kelayakan.
- Temuduga.
- Keputusan akan dimaklumkan

PENEMPATAN PEKERJAAN

Peserta yang mengikuti program ini wajib untuk bekerja setelah tamat latihan.

KURSUS YANG DITAWARKAN

- Kulinari (Lelaki sahaja)
- Pastry (Perempuan sahaja)
- Welding + 3G (Lelaki sahaja)
- Excavator (Lelaki sahaja)
- Travel & Tours (Perempuan/Lelaki)
- Pembantu Tadika (Perempuan sahaja)
- Offshore Catering (Lelaki sahaja)
- Gas Pipe Insullation (Lelaki sahaja)
- Facilities Management (Lelaki sahaja)
- Firewatcher (Lelaki sahaja)
- Safety Promoter (Lelaki sahaja)
- Juruteknik Elektrik (MNE)
- Barber (Lelaki sahaja)
- Welding + 6G (Lelaki sahaja)
- Jahitan Langsir (Perempuan sahaja)
- Cabinet Making (Lelaki sahaja)
- Aluminium Glasswork (Lelaki sahaja)
- Scaffolding (Lelaki sahaja)
- Terminal Tractor Operator (TTO) (Lelaki sahaja)

TEMPOH LATIHAN

Tempoh pengajian bermula dengan 1 bulan hingga 3 bulan untuk fasa Latihan. Selepas itu, masuk fasa 2 adalah Latihan Industri (Praktikal) selama 2 bulan.

PERTANYAAN?

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Tahfiz Mahir Yayasan Pahang, sila hubungi:

014-990 8324 (Haziq)
011-1617 1433 (Hotline)