+609 567 1333 | Jalan Dato' Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

110times
Featured

KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT POWER BI

KURSUS JANGKA PENDEK MICROSOFT POWER BI

15, 16 & 17 APRIL 2025

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Jangka Pendek Microsoft Power BI selama 3 hari yang penuh ilmu dan pengalaman bermakna. Seramai 35 peserta daripada Air Kelantan Sdn. Bhd. telah menyertai program ini, yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam analisis data dan visualisasi menggunakan Power BI — satu kemahiran penting dalam era digital hari ini.

Sesi berlangsung dengan penuh semangat, interaktif dan dinamik. Para peserta bukan sahaja belajar teori, tetapi juga terus praktik cara menghasilkan laporan dan dashboard yang menarik serta bermaklumat.

Semangat belajar memang luar biasa

Apa kata peserta?

"Kursus ini sangat membuka mata. Banyak yang saya tak tahu sebelum ini tentang Power BI. Sekarang saya lebih yakin untuk bentangkan data kepada pengurusan." — Salah seorang peserta, Air Kelantan Sdn. Bhd.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta & pihak pengurusan AKSB atas komitmen yang tinggi. Semoga ilmu yang diperoleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Dari Data ke Dashboard – Kuasai Cerita di Sebalik Nombor!”

"We Train Skills, We Hire Attitude"

Go to top