Pelajar yang ingin memohon dan melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills boleh berunding dengan penasihat pelajar kami, memuat turun dan mengisi borang permohoan atau memohon secara dalam talian menerusi capaian link di bawah :
Permohonan dalam talian dibuka sepanjang tahun. Calon boleh memohon program pilihan mereka dengan mengklik butang 'Mohon Sekarang'. Sila isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang 'Hantar'. Kami akan menghubungi dan membimbing anda sepanjang proses permohonan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN
Semasa pendaftaran, pelajar dikehendaki membawa DOKUMEN ASAL dan SALINAN DOKUMEN ASAL seperti ketetapan berikut :
BIL | PERKARA | KUANTITI |
---|
1. | Salinan Surat Tawaran | 3 Keping |
2. | Salinan Kad Pengenalan Pelajar (Bersaiz 25%) | 3 Keping |
3. | Salian Kad Pengenalan Ibu dan Bapa (Bersaiz 25%) | 2 Keping |
4. | Salinan Sijil Kelahiran Pelajar | 2 Keping |
5. | Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa | 2 Keping |
6. | Salinan Sijil SPM/SPMV/PMR/PT3/SRP/setaraf | 3 Keping |
7. | Slip Gaji Ibu/Bapa/Penjaga/Suami/Isteri(Sekiranya Berkahwin) | 2 Keping |
8. | Salinan Sijil Berhenti Sekolah | 3 Keping |
9. | Salinan Surat Pengesahan Pendapatan daripada Penghulu (bagi yang bekerja sendiri) | 2 Keping |
10. | Salinan Surat Pengesahan Bermastautin daripada Penghulu/Pegawai Daerah/Wakil Rakyat Setempat | 2 Keping |
11. | Gambar Berukuran Passport | 8 Keping |
12. | Salinan Akaun CIMB Konvensional | 2 Keping |
13. | Salinan Bil Utiliti (contoh: Bil Elektrik, Bil Air atau Bil Astro) | 1 Keping |
PENTING
SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDAKLAH DISEDIAKAN DENGAN MENGGUNAKAN KERTAS A4 DAN PERLU MENDAPATKAN PENGESAHAN DARIPADA PENGETUA/KETUA KAMPUNG/PENGHULU MUKIM
SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR
Anda dikehendaki mematuhi etika seperti berikut semasa anda mendaftar sebagai pelajar Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills :
SISWA | SISWI |
---|
Memakai baju kemeja, berseluar "slack" dan berkasut. | Memakai pakaian kemas dan berkasut. |
Seluar Jeans "TIDAK DIBENARKAN" sama sekali. | Seluar Jeans "TIDAK DIBENARKAN" sama sekali. |
Memakai tali leher dan berlengan panjang. | Memakai pakain formal, bersih dan bersopan. |
Berambut pendek dan kemas (DILARANG MEWARNAKAN RAMBUT) | |
Dilarang memakai baju T tanpa kolar. | |
Dilarang berselipar / bercapal. | |
Memakai pakaian formal yang kemas, bersih dan sopan. | |
MENGENAI BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG
Bahagian Bantuan Pendidikan adalah teras aktiviti Yayasan Pahang sejak penubuhannya 32 tahun yang lalu. Kuantiti dan kualiti penerima bantuan adalah dua perkara yang menjadi fokus utama bahagian ini. Di peringkat awal penubuhan, kuantiti penerima bantuan menjadi keutamaan bagi memastikan tiada anak Pahang yang tercicir daripada mendapat pendidikan disebabkan kedaifan ekonomi.
Walau bagaimanapun kini, kualiti menjadi semakin penting bagi memastikan anak-anak Pahang cemerlang dalam bidang akademik seterusnya layak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi khususnya dalam bidang selektif dan kritikal.
FOKUS BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG
1. Mencapai sasaran 50% belia dalam kohot umur 17-23 tahun memiliki tertiary education menjelang tahun 2020.
2. Mengeluarkan penajaan pendidikan mengikut pasaran tempatan dan global melalui program selektif dan kritikal
3. Menyeimbangkan tajaan bagi program berasaskan akademik dan kemahiran
4. Mempelbagaikan ruang untuk menaja pelajar-pelajar ke Negara di Timur Tengah bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang perubatan, pergigian dan farmasi selain Bahasa Arab dan Pengajian Islam
5. Melaksanakan program-program kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah bagi meramaikan anak-anak negeri ke menara gading
6. Menjadikan dana pinjaman pendidikan self sufficient melalui bayaran balik pinjaman pendidikan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
1. | Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut: | a) Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU
b) Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur mesti mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik oleh Yayasan Pahang / Pegwai Daerah / Penghulu Mukim bagi setiap yang lahir di luar Pahang
c) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon. |
2 | Telah mendapat tempat/tawaran belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayaan Pahang | |
3 | Mempunyai sahsiah diri yang baik, memiliki personaliti yang unggul dan taraf kesihatan yang baik. | |
4 | Pemohon / ibubapa/adik beradik tiada dalam senarai hitam peminjam Yayasan Pahang | |
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. | Salinan dokumen yang telah disahkan benar oleh Ketua Kampung/Pengetua Sekolah Menengah / Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat |
| a) Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran / surat beranak pemohon |
| b) Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran / surat beranak bapa |
| c) Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran / surat beranak ibu |
| d) Sijil PMR/ SPM/ Sijil Berhenti sekolah/ Diploma / Ijazah/ Sijil persekolahan yang lain |
| e) Slip gaji ibu bapa / penjaga / Suami / isteri (sekiranya berkahwin) ATAU |
| f) Surat Pengesahan Pendapatan daripada penghulu bagi yang bekerja sendiri |
| g) Surat pengesahan bermastautin daripada penghulu / pegawai daerah /wakil rakyat setempat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang bagi:
- Pemohon yang bukan dilahirkan di Negeri Pahang - Bapa yang bukan dilahirkan di Negeri Pahang - Ibu yang bukan dilahirkan di Negeri Pahang |
| h) Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills |
| i) Gambar |
| |
| |
Untuk maklumat lanjut bantuan pendidikan Yayasan Pahang, layari :
www.yp.org.myPerbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK.
Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
SYARAT-SYARAT PINJAMAN
1. | Warganegara Malaysia
|
2. | Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK |
3. | Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun |
4. | Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain. |
5. | Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan. |
6. | Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan. |
7. | Mengemukakan seorang penjamin. |
KADAR PINJAMAN
1. | Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :-
|
| Yuran pengajian. |
| Elaun Sara Hidup sebanyak RM 400 sebulan semasa tempoh latihan. |
| Bayaran premium untuk perlindungan insurans. |
| *Fi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan. |
SYARAT-SYARAT PENJAMIN
1. | Warganegara Malaysia
|
2. | Seorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan. |
3. | Jika penjamin merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan. |
4. | Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah. |
5. | Tidak diisytiharkan muflis. |
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. | Salinan Yang telah disahkan benar oleh Ketua Kampung/Pengetua Sekolah Menengah
|
| a) Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran / surat beranak pemohon |
| b) Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran / surat beranak bapa |
| c) Kad Pengenalan & Sijil Kelahiran / surat beranak ibu |
| d) Sijil PMR/ SPM/ Sijil Berhenti sekolah/ Diploma / Ijazah/ Sijil persekolahan yang lain |
| e) Slip gaji ibu bapa / penjaga / Suami / isteri (sekiranya berkahwin) |
| f) Bil utiliti untuk mengesahkan alamat tetap peminjam |
| g) Penyata Akaun CIMB pemohon (akaun konvensional sahaja) |
KAEDAH BAYARAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN
1. | Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional)
|
2. | Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata auto pay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit. |
BAYARAN BALIK PINJAMAN
1. | Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
|
2. | Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun. |
3. | Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan. |
Untuk maklumat lanjut, layari :
http://www.ptpk.gov.my/ms/PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP
TUJUAN
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di InstitutPengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
KELAYAKAN MEMOHON
1. | Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia |
2. | Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan. |
3. | Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2. |
SYARAT-SYARAT PENGELUARAN
1. | Program Pengajian Yang Dibenarkan | Ahli / anak ahli telah mendaftar untuk pengajian akademik / professional / kemahiran / vokasional di IPT yang dibenarkan. |
2. | Peringkat Pengajian Yang Dibenarkan | Ahli / anak ahli mestilah mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yangsetara dengannya. |
3. | Kategori Pengeluaran | - Pengeluaran untuk diri sendiri bagi membiayai yuran pengajian ATAU menyelesaikan baki pinjaman pendidikan. |
| | - Pengeluaran bersama suami / isteri bagi membiayai yuran pengajian anak. |
| | - Pengeluaran bersama suami / isteri bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak. |
4. | Kategori Pengajian | IPT dalam negara –pengajian secara sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais yang diluluskan. |
5. | Yuran Pengajian | Semua jenis bayaran yang dikenakan oleh IPT termasuk yuran hostel dan kos tiket penerbangan sehala ketika mendaftar di tahun pertama |
6. | Kekerapan Pengeluaran | - Setiap semester ATAU setiap tahun bagi ahli DAN / ATAU bagi setiap seorang anak. |
| | - Dalam masa tiga (3) tahun dari tarikh tamat pengajian bagi bayaran yang tertunggak di IPT |
DOKUMEN DIPERLUKAN
1. | Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL) |
2. | Salinan dokumen pengeluaran diri (jika bukan pemegang MyKad). |
3. | Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank semasa membuat permohonan). |
4. | Borang KWSP 3 (pindaan) –jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonanmelalui pos. |
DOKUMEN SOKONGAN
1. | Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pendidikan untuk semua dokumen yangdiperlukan di laman web KWSP dan kaunter. |
2. | KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidaklengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan |
Untuk maklumat lanjut layari :
www.kwsp.gov.myAffin Education Financing-i
It is a Shariah-compliant scheme designed specially for qualified individuals to obtain financial asisstance for their education plan. Based on the concept of Ijarah, the financing will cover their education programme for a truly seamless study experience.
Eligibility for students
Aged 18 and up to 45 years old
Diploma, Degree holder and Post Graduate programme students
Requires the parents, spouse or siblings to jointly apply with the student as joint applicants
Eligibility for joint applicant
Malaysian citizen
Aged 21 years old and above
Minimum annual income of RM24,000
Margin of finance up to 90% of Coursework Fee or up to remaining unsponsored amount (whichever is lower), plus 5% for RTT (Reducing Term Takaful)
High financing amount up to RM400,000.00
Attractive financing rate
Financing tenure can be up to 15 years
Maklumat Lanjut