Perjalanan Transformasi
2023

YP Advanced Skills
Sejarah Penjenamaan
1998

IKIP Training Sdn. Bhd.
2008

IKIP Advanced Skills Centre
2010

IKIP Advanced Skills College
2016

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills
Latar Belakang & Sejarah
YP Advanced Skills
01
PENGENALAN
YP Advanced Skills merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh Yayasan Pahang yang telah ditubuhkan sejak 1998. YP Advanced Skills menawarkan pelbagai kursus kemahiran berdasarkan keperluan industri.
02
MISI
Misi penubuhan YP Advanced Skills adalah untuk menyumbang dalam membangun, menyedia dan menempatkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran serta kompeten melalui program-program latihan seiring dengan keperluan industri semasa.
03
PERKHIDMATAN
Untuk mencapai hasrat itu, YP Advanced Skills akan memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan profesional kepada para pelajar dengan kualiti tertinggi sebagai pegangan perkhidmatannya.
Perkembangan Program
Perkembangan YP Advanced Skills
2018
Program Jaminan Kerjaya
Selain daripada program sijil kemahiran, YP Advanced Skills turut menyediakan Program Jaminan Kerjaya.
YP Advanced Skills memperkenalkan Program Tahfiz Mahir sebagai salah satu perkembangan program latihan kemahiran yang ditawarkan.
2022
Program Tahfiz Mahir
04
VISI & TRANSFORMASI
Selaras dengan usaha untuk merealisasikan Visi YP Advanced Skills sebagai pusat latihan terulung yang menjadi nadi kepada pembangunan sumber manusia dalam bidang kemahiran, teknikal dan vokasional, YP Advanced Skills telah melalui beberapa fasa transformasi yang komprehensif.
05
PENJENAMAAN
Bermula pada 1998 dan dikenali sebagai IKIP Training Sdn. Bhd. sehinggalah pada bulan November 2023, penjenamaan sebagai YP Advanced Skills adalah merupakan satu pelan strategik dan pemacu kepada usaha YP Advanced Skills untuk menjadi sebuah organisasi yang dinamik, memiliki modal insan yang kompeten, menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi ekspektasi pengguna seterusnya bersama kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara.
Tarikh Kemaskini:
09 October 2026, 05:40 PM
WE TRAIN SKILLS, WE HIRE ATTITUDE